INILAH 10 Fakta MENGEJUTKAN Yang Anda Tidak Tahu Tentang Malaysia Walaupun Anda Rakyatnya


10 fakta menarik tentang negara kita yang ramai tidak tahu termasuk rakyat Malaysia sendiri. Fakta ini adalah sumber dari Saluran The History Asia. Mungkin lepas ni kita akan tahu serba sedikit mengenai negara kita ni.
1. Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji.
Tak sangka walaupun negara kita beriklim tropika tetapi stesen keretapi ini dibina untuk menahan kesejukan salji.
Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki.
2. Kuala Lumpur merupakan ibu kota kilat di dunia

Tahukah anda, KL adalah ibukota di dunia yang paling banyak menerima panahan kilat / petir di dunia? KL menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana2 kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun.
3. Jambatan Gantung Tertinggi di dunia terletak di Sabah, Malaysia
Imej dari nizamas85
Malaysia mempunyai Jambatan Gantung (Suspension Bridge) yang tertinggi di dunia? Ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan jambatan gantung tertinggi di dunia terletak di Gunung Kinabalu!
4. Serangga Terpanjang di dunia didapati di Sabah, Malaysia
Imej dari animal label
Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm / 56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alamsemulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba.
5. Lokasi Lipas terbanyak di planet Bumi ialah di Malaysia
Gua Gomantong di Sabah mempunyai populasi serangan lipas terbanyak di dunia! Fuhh, tidak disangka bukan?  Gua itu juga terkenal kerana agak busuk bau di dalamnya. Ini kerana bauan berkenaan adalah longgokan timbunan tahi kelawar yang bersepahan di lantai gua. Ratusan ribu lipas memenuhi lantai, dinding dan bahagian atas gua, pendek kata, memenuhi setiap ceruk ruang gua berkenaan!
6. Kalau tak ada kelawar, tak adalah durian dekat Malaysia ni.
Tahukah anda, antara eksport pertanian yang amat menguntungkan ekonomi Malaysia adalah buah durian? Durian adalah buahan eksotik yang amat digemari di pasaran ASEAN dan Asia Timur. Tapi tahukah anda, kelawar buah adalah spesis haiwan pendebunga yang amat penting dalam kitaran hidup pokok durian. Ada dua jenis spesis kelawar di Malaysia iaitu spesis pemakan serangga & spesis pemakan buahan.
7. Tanah perkuburan untuk haiwan peliharaan yang pertama di Malaysia
Tanah Perkuburan Haiwan Peliharaan yang pertama di Malaysia terletak di Nirvana Memorial Park di Semenyih. Lot-lot tanah kubur bersaiz kecil dan sederhana disediakan bagi pemilik haiwan berkenaan. Pakej bagi satu lot tanah kubur haiwan peliharaan adalah RM4,800 termasuk dengan perkhidmatan pengebumian.
8. Lebih dari 140 bahasa pertuturan digunakan di Malaysia
Bagi pakar linguistik dan bahasa, mereka mengkaji perbezaan bahasa bukan hanya terhad pada bahasa-bahasa utama sahaja malah bahasa pertuturan yang melibatkan dialek (loghat) tempatan, creole (slanga, bahasa pasar) dan bahasa campuran (bahasa rojak, Manglish dll). Melalui satu eksperimen di kota2-kota di Malaysia dengan frasa “Kamu sudah makan kah?” penganalisis mendapati ada 10 cara menyebut frasa berkenaan yang berbeza termasuk dengan BI. Apabila kita menyeberang ke Malaysia Timur, terdapat sekurang-kurangnya 90 jenis bahasa pertuturan. Ini termasuk 60 bahasa pertuturan etnik peribumi asal Borneo.
9. Nama Kereta Kebangsaan Pertama di Malaysia diambil semasa permainan Scrabble
Sumber dari paultan
Ramai yang tidak tahu tentang peranan Encik Ismail Jaafar. Pada satu petang, dia bermain permainan Scrabble (kalau versi Melayu – SAHIBBA). Ketika membuat frasa Bahasa Inggeris SAGA (yang membawa maksud dalam BI – “something said” or “a narrative in prose”, somewhat along the lines of a “story”, a “tale”, or a “history”), Encik Ismail mendapati perkataan SAGA melibatkan 4 huruf sahaja dan markahnya agak kecil. Tapi beliau mendapat ilham daripada akronim SAGA dan membentuk 4 frasa baru iaitu:
S= Safety / Stability (Keselamatan / Kestabilan)
A= Achievement (Pencapaian)
G= Greatness (Keagungan)
A= Ability (kebolehan)

10. Jalan Bulatan Trafik (Roundabout) terbesar di dunia adalah di Malaysia
Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya adalah jalan bulatan roundabout terbesar di dunia mengelilingi 3.4 kilometer panjangnya. Dengan lebih kurang 15 sistem jalan keluar / masuk di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, tahukah anda Tun Dr Mahathir yang mencadangkan sistem roundabout berkenaan setelah mendapat ilham semasa lawatan rasmi beliau ke Paris dan melihat bulatan Avenue des Champs Elysees semasa perarakan peringatan Hari Bastile.

ALLAHUAKBAR !!! "KENAPA ALLAH SWT PILIH NABI ISA UNTUK MEMBUNUH DAJJAL?" INI JAWAPAN SEBENAR YANG PASTI MENGEJUTKAN UMAT ISLAM


Saya ringkaskan isi kuliah maghrib yang suami dengar dan disampaikan kepada saya. Moga kita perolehi sedikit ilmu ya kenapa Allah AWT pilih Nabi Isa untuk membunuh dajjal

Begini kisahnya.....Apabila hari kiamat hampir tiba nanti Allah akan turunkan Nabi Isa untuk menghancurkan Dajjal...Kenapa Allah memilih Nabi Isa..? 

Ustaz kata, Nabi Isa diturunkan untuk baginda membersihkan namanya, berkaitan peristiwa baginda disalib... Selain itu, sewaktu peristiwa Israk Mikraj baginda memberi salam pada Nabi Muhammad SAW...Oleh kerana mengetahui kelebihan menjadi umat Nabi Muhammad maka baginda berdoa dan bermohon kepada Allah supaya diperkenankan untuk menjadi sebahagian umat Muhammad..

Maka doa Nabi Isa itu telah Allah Swt perkenankan..Sebab itu baginda diturunkan apabila hampir kiamat nanti...Seperti yang diketahui, ketika Nabi Isa diangkat ke langit dahulu, baginda masih bujang dan belum berkahwin.Turunnya baginda ke bumi, setelah berjaya membunuh dajjal laknatullah dikatakan baginda akan memerintah di dunia ini sehingga 40 tahun..dan baginda juga akan Allah temukan jodoh, diberi peluang berkahwin dan berkeluarga seperti nabi-nabi lain.

Sehingga sampai tempoh yang ALLAH beri, maka baginda akan diwafatkan..Dikatakan jasad baginda akan dikebumikan bersebelahan makam Saiyidina Umar Al-Khatab...Begitu kisahnya..
Kenapa Allah pilih Nabi Isa bangsa Israel bukan Nabi Muhamad bangsa Arab.

WOW !!! GADIS 11 TAHUN BERKORBAN BAYAR HUTANG IBUNYA..!!!! ANDA PASTI TERKEJUT APA YANG DI LAKUKAN SELEPAS SEKOLAH SETIAP HARI..


Admin rasa tiada wanita sanggup buat macam yang perempuan ini lakukan. Tabah betul perempuan ini.

Setiap kali pulang dari sek0lah, se0rang gadis berusia 11 tahun ini akan menukar pakaiannya sebelum keluar menuju ke satu persimpangan lampu isyarat di bandar ini. Dewi Anggraeni bukannya pergi bermain seperti rakan sebaya yang lain sebaliknya dia menghampiri setiap kereta untuk meminta sedekah.

Walaupun masih kecil, tetapi Dewi terpaksa mencari wang semata-mata untuk membayar hutang arwah ibunya. Kisah malang gadis ini bermula apabila bapanya, Wiyatn0 meninggal dunia ketika dia kecil sebelum ibunya, Maryati pula meninggal dunia kira-kira sebulan yang lalu akibat penyakit radang paru-paru.

Ketika ibunya sakit, wanita itu meminjam wang berjumlah Rp6 juta (RM1,658) untuk membeli ubat. Bagaimanapun, selepas ibunya meninggal dunia, beban hutang itu kini terpaksa ditanggung oleh Dewi. Dewi yang kini tinggal bersama jirannya berkata, setiap kali selepas bersek0lah, dia akan pergi meminta sedekah bagi melunaskan hutang ibunya itu.

“Biasanya saya meminta sedekah dari jam 3 petang hingga jam 8 malam setiap hari.
“Saya memper0leh wang Rp70,000 (RM19.35) hasil meminta sedekah tetapi kadangkala kurang daripada itu.

“Wang ini saya gunakan untuk membayar hutang ibu,” katanya ketika ditemui wartawan detik news.
Sementara itu, jiran Dewi, Sriwati berkata, gadis itu akan pulang lewat malam sekiranya gagal memper0leh pendapatan lebih Rp70,000.

“Dewi memerlukan wang sebanyak itu untuk membayar hutang. Sekiranya gagal dia akan duduk di tepi jalan sambil menangis,” ujarnya.

SUMBER : SOTONG KICAP

ALLAHUAKBAR !!! Gadis ini suruh Ustaz telepon Allah untuk tempah bilik di Neraka, lihat apa yang terjadi kepada tubuh dan wajahnya amat mengerikan


Admin kongsikan sebuah cerita pengajaran yang amat berguna dan semoga menjadi iktibar kepada kita semua ya. Ingat... Jangan main-main dengan hukum Allah !!!

Pada suatu hari seorang gadis yang terpengaruh dengan budaya dan cara hidup orang barat menaiki sebuah bas untuk ketempat yang ditujuinya.

Pakaaian gadis itu sangat menjolok mata,kainnya nipis,fesyen yang seksi, hampir menampakkan segala yang wajib di tutup oleh seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi.

Umurnya baru 20 tahun,di dalam bas itu ada seorang tua (Ustad) yang sudah beruban cuba menasihatinya.

"wahai pemudi alangkah mulianya jika kamu berpakaian menutup aurat sesuai dengan agama islam yang kamu anuti.itukan lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar lelaki,nasihat orang tua itu"

Namun nasihat itu dijawab oleh gadis itu dengan ejekan sambil ketawa.

"siapa kamu orang tua? apakah ditanganmu ada anak kunci yang menentukan aku disyurga atau neraka?"

Kemudian si gadis itu mengeluarkan telepon bimbitnya sambil berkata kepada orang tua itu dengan kata kata yang lebih dahsyat!

"nah..ambil hendphone aku ini, telepon ALLAH sekarang! tempahkan sebuah bilik di NERAKA untuk aku"

MasyaALLAH! dia mencabar agar ditempahkan sebuah bilik di neraka untuknya dengan riak dan sombong. dia ketawa berdekah dekah tanpa menyadari dia sedang mempertikaikan hukum ALLAH dengan begitu biadab sekali.

Orang tua itu sangat terkejut dengan jawapan gadis itu, penumpang lain tidak menghiraukan gadis yang tidak takut pada hukum ALLAH itu, mereka tidak berani menasihati lagi, takut dia semakin biadap dengan hukum ALLAH, bas pun tiba diperhentian.

Gadis seksi bermulut celupar itu bergegas hendak turun dalam keadaan yang kekalutan seperti ada sesuatu yang mendekatinya tiba tiba! ! ! sekali lagi mereka terkejut,mayat gadis itu menjadi hitam dan hancur seolah olah dibakar api,beberapa orang cuba mengangkat mayat tersebut akan tetapi mereka khairanan karena tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik menyentuh mayat si gadis.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskan mAyat gadis itu yang tidak boleh mereka uruskan.

Itulah kematian bagi seorang manusia yang cuba mencabar hukum ALLAH.telepon ALLAH sekarang! tempahkan sebuah bilik di NERAKA untuk aku,dah tak tutup aurat dia cela pulak hukum ALLAH dia cela orang yang menasihatinya maka ALLAH panggil dia dengan keadaan yang sangat hina.

Sungguh sedih kisah ini.

MASYA'ALLAH !!! INI SEBABNYA NABI MUHAMMAD SAW TIDAK MEMPUNYAI BAYANG-BAYANG


Bayang-bayang Nabi SAW? Adakah Nabi Muhammad SAW mempunyai bayang-bayangNYA? Semoga dengan penerangan ini dapat memberikan jawapan kepada persoalan tersebut.

Sejak beberapa hari ini saya banyak mendapat soalan dalam peti mesej Facebook berkenaan dakwaan Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang, disoal adakah dakwaan ini benar? 

Ketahuilah bahawa tiada sebarang dalil yang Sahih bahawa Nabi SAW tidak mempunyai banyang-bayang, 

Sekelompok kaum sufi tariqat sesat berpegang bahawa Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang, dan itu kata mereka bukti bahawa Nabi SAW diciptakan dari cahaya, 


Kelompok sesat ini berhujah dengan sebuah hadith riwayat Zakwan berbunyi: 

ŰŁÙ†َّ Ű±ŰłÙˆÙ„َ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű”Ù„َّى Ű§Ù„Ù„Ù‡ُ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… لم يكن يُ۱َى له ŰžÙ„ٌّ في ŰŽÙ…Űłٍ ÙˆÙ„Ű§ Ù‚Ù…Ű±ٍ

Terjemahan: 

"Sesungguhnya Rasul SAW tidaklah terlihat(terdapat) baginya bayang-bayang, baik ketika di bawah cahaya matahari ataupun bulan" 

Riwayat ini adalah Dha'if, sanadnya terputus, kata Imam Jalaluddin al-Suyuthi antara tokoh hadith bermazhab al-Syafie dalam al-Khasais al-Kubra (1/71): "Ù…Ű±ŰłÙ„ - Mursal", dan Mursal adalah dari jenis hadith-hadith Dha'if, kerana telah gugur padanya syarat utama hadith Sahih iaitu al-Ittisal (bersambungnya sanad).

Dakwaan bahawa Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang ini bukan sahaja tidak mempunyai sebarang dalil yang Thabit (Sahih), bahkan ia bercanggah dengan hadith-hadith Sahih dan juga al-Qur'an. 

Ditanya kepada al-'Allamah Mufti Biladil Haram Fadhilah al-Syaikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin berkenaan dakwaan Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang, maka jawab al-Syaikh: 

من Ù‚Ű§Ù„ ŰŁÙ† Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ -Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… - Ù„ÙŠŰł له ŰžÙ„ , ŰŁÙˆ ŰŁÙ† Ù†ÙˆŰ±Ù‡ ÙŠŰ·ÙŰŠ ŰžÙ„Ù‡ ۄ۰ۧ Ù…ŰŽÙ‰ في Ű§Ù„ŰŽÙ…Űł , فكله ÙƒŰ°Űš و ŰšŰ§Ű·Ù„ , ÙˆÙ„Ù‡Ű°Ű§ Ù‚Ű§Ù„ŰȘ Űčۧۊێ۩-Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰčÙ†Ù‡Ű§- : " كنŰȘ ŰŁÙ…ŰŻ Ű±ŰŹÙ„ÙŠ ŰšÙŠÙ† ÙŠŰŻÙŠÙ‡ , وŰȘŰčŰȘ۰۱ ŰšŰŁÙ† Ű§Ù„ŰšÙŠÙˆŰȘ Ù„ÙŠŰł ÙÙŠÙ‡Ű§ Ù…Ű”Ű§ŰšÙŠŰ­" فلو ÙƒŰ§Ù† Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ -Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù…-له Ù†ÙˆŰ± لم ŰȘŰčŰȘ۰۱ Ű±Ű¶ÙŠ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰčÙ†Ù‡Ű§ , و لكنه Ű§Ù„Űșلو Ű§Ù„Ű°ÙŠ ŰŁÙŰłŰŻ Ű§Ù„ŰŻÙŠÙ† ÙˆŰ§Ù„ŰŻÙ†ÙŠŰ§ ÙˆŰ§Ù„ŰčÙŠŰ§Ű° ŰšŰ§Ù„Ù„Ù‡

Terjemahan: 

"Sesiapa yang berkata sesungguhnya Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang, atau sesungguhnya cahaya Baginda menutup bayang-bayangnya apabila Baginda berjalan di bawah cahaya matahari, kesemua dakwaan ini adalah dusta dan batil, 

Kerana itu berkata 'Aishah r.ha : "pernah daku memanjangkan(menyandarkan/tertindih) kakiku antara kedua tangan Baginda SAW, lalu daku memohon maaf kepada Baginda SAW kerana sesungguhnya waktu itu rumah tidak mempunyai lampu"

Sekiranya Nabi SAW itu mempunyai cahaya maka tidaklah 'Aishah r.ha akan meminta maaf sedemikian, akan tetapi mereka-mereka yang ghuluw (melampau-lampau) lah yang telah merosakkan agama dan dunia, moga Allah jauhkan" (al-Qaul al-Mufid, 1/68)


Soalan yang sama ditanya kepada majlis fatwa negeri Makkah dan Madinah, al-Lajnah al-Daimmah:

Ù‡Ù†Ű§ في Ű§Ù„ŰšŰ§ÙƒŰłŰȘŰ§Ù† ŰčÙ„Ù…Ű§ŰĄ ÙŰ±Ù‚Ű© ( Ű§Ù„ŰšŰ±ÙŠÙ„ÙˆÙŠŰ© ) يŰčŰȘÙ‚ŰŻÙˆÙ† ŰŁÙ†Ù‡ Ù„Ű§ ŰžÙ„ Ù„Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ، ÙˆÙ‡Ű°Ű§ ŰŻÙ„Ű§Ù„Ű© Űčلى ŰčŰŻÙ… ŰšŰŽŰ±ÙŠŰ© Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… . هل Ù‡Ű°Ű§ Ű§Ù„Ű­ŰŻÙŠŰ« Ű”Ű­ÙŠŰ­ . Ù„ÙŠŰł Ű§Ù„ŰžÙ„ Ù„Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ؟

Terjemahan soalan: 

"Di sana di Pakistan terdapat kumpulan Berelwi yang berpegang sesungguhnya Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang, dan ini bukti yang menunjukkan bahawa Nabi SAW bukanlah manusia (kerana diciptakan dari cahaya), adakah hadith ini Sahih? Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang?"

ÙŰŁŰŹŰ§ŰšŰȘ : " Ù‡Ű°Ű§ Ű§Ù„Ù‚ÙˆÙ„ ŰšŰ§Ű·Ù„ ، Ù…Ù†Ű§Ù Ù„Ù†Ű”ÙˆŰ” Ű§Ù„Ù‚Ű±ŰąÙ† ÙˆŰ§Ù„ŰłÙ†Ű© Ű§Ù„Ű”Ű±ÙŠŰ­Ű© Ű§Ù„ŰŻŰ§Ù„Ű© Űčلى ŰŁÙ†Ù‡ Ű”Ù„ÙˆŰ§ŰȘ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ÙˆŰłÙ„Ű§Ù…Ù‡ Űčليه ۚێ۱ Ù„Ű§ ÙŠŰźŰȘلف في ŰȘكوينه Ű§Ù„ŰšŰŽŰ±ÙŠ Űčن Ű§Ù„Ù†Ű§Űł ، ÙˆŰŁÙ† له ŰžÙ„Ű§ ÙƒÙ…Ű§ Ù„ŰŁÙŠ Ű„Ù†ŰłŰ§Ù† ، ÙˆÙ…Ű§ ŰŁÙƒŰ±Ù…Ù‡ Ű§Ù„Ù„Ù‡ ŰšÙ‡ من Ű§Ù„Ű±ŰłŰ§Ù„Ű© Ù„Ű§ ÙŠŰźŰ±ŰŹÙ‡ Űčن ÙˆŰ”ÙÙ‡ Ű§Ù„ŰšŰŽŰ±ÙŠ Ű§Ù„Ű°ÙŠ ŰźÙ„Ù‚Ù‡ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه من ŰŁÙ… ÙˆŰŁŰš ، Ù‚Ű§Ù„ ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ : ( قُلْ Ű„ِنَّمَۧ ŰŁَنَۧ ŰšَŰŽَ۱ٌ مِّŰ«ْلُكُمْ يُوْŰ­َى Ű„ِلَيَّ ) Ű§Ù„ŰąÙŠŰ© ، ÙˆÙ‚Ű§Ù„ ŰȘŰčŰ§Ù„Ù‰ : ( قَŰ§Ù„َŰȘْ لَهُمْ ۱ُŰłُلُهُمْ Ű„ِنْ نَŰ­ْنُ Ű„ِÙ„Ű§ْ ŰšَŰŽَ۱ٌ مِŰ«ْلُكُمْ ) Ű§Ù„ŰąÙŠŰ© .

ŰŁÙ…Ű§ Ù…Ű§ ÙŠŰ±ÙˆÙ‰ من ŰŁÙ† Ű§Ù„Ù†ŰšÙŠ Ű”Ù„Ù‰ Ű§Ù„Ù„Ù‡ Űčليه ÙˆŰłÙ„Ù… ŰźÙ„Ù‚ من Ù†ÙˆŰ± Ű§Ù„Ù„Ù‡ ، فهو Ű­ŰŻÙŠŰ« Ù…ÙˆŰ¶ÙˆŰč "

Terjemahan jawapan: 

"Pendapat tersebut adalah batil, bercanggah dengan nas-nas al-Qur'an serta Sunnah yang jelas secara khusus menyatakan bahawa Nabi SAW adalah manusia tidaklah berbeza sifat penciptaan Baginda dengan manusia-manusia, dan sesungguhnya bagi Baginda itu bayang-bayang sebagaimana manusia lainnya. 

Tidaklah Allah SWT muliakan Baginda SAW melainkan dengan risalah (wahyu), tidaklah Baginda SAW itu terlepas dari sifat-sifat manusia yang Allah SWT ciptakannya dari kedua ibu dan ayah, 

Firman Allah SWT maksudnya : 

"Katakan wahai Muhammad: sesungguhnya daku hanyalah seorang manusia seperti kamu jua, akan tetapi daku diberikan wahyu" 

Dan berfirman Allah SWT lagi maksudnya: 

"Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami tidak lain hanyalah manusia seperti kamu jua"

Manakala riwayat yang disandarkan kepada Nabi SAW bahawa Baginda SAW diciptakan dari cahaya, ianya adalah hadith Palsu"

(Fatwa al-Lajnah al-Daimmah, 1/464)

Moga dengan penjelasan ini, terjawablah kemusykilan yang ditanya, moga bermanfaat. Kongsikan kepada raka-rakan anda.

SUBHANALLAH...!!!! Selepas Tengok Rakan-Rakan Tunaikan Solat Dhuha, Budak 7 Tahun Ini Ingin Masuk Islam ...???? Tapi Apa Yang Terjadi Selepas Itu Amat Memeranjatkan....!!


Salam semua, admin ingin kongsikan sebuah kisah masyarakat yang amat menyayat hati ini untuk bacaan kalian semua. Semoga adanya sedikit keinsafan dalam diri kita ini terutama yang beragam Islam itu.

Subhanallah , anak ini namanya Ah k0ng beragama budha dan sentiasa bermain main di madrasah dari pg sampai petang, hari ini dia dtg ke madrasah

"umie saya nak masuk islam boleh ke" umurnya baru 7 thn,

tanya dia " mak bagi ke masuk islam" dia jawab " mak kata kalau nak masuk islam b0leh, tp jangan tukar tukar agama "


Ah Kong mengangguk, td dia s0lat asar dan selama ini dia perhati jer kawan kawan dia s0lat, es0k dia akan dtg ke madrasah bersama sama kawanya dan jika ada sesiapa nak sp0ns0r baju sek0lah b0leh lah bgnya sepasang baju, sepasang kasut , k0piah dan juga beg,

ni lah namanya ahli syurga, dia minat nak masuk islam sbb setiap hari teng0k kawannya s0lat dhuha dan z0h0r, namanya yg baru M0hd Firdaus

alhamdulillah td dah ada yg sp0ns0r kelengkapan untuk Firdaus memulakan sebagai kanak kanak Islam,-Rusnah Abu Samah

sumber: cukup2xsudah


KUASA ALLAH TERBUKTI !!! BAYI YANG DIKUBURKAN HIDUP-HIDUP INI DITEMUKAN MASIH HIDUP DAN TIBA-TIBA MERANGKAK KELUAR DARI DALAM TANAH...


Seorang bayi yang ditanam hidup-hidup oleh ibunya berjaya merangkak keluar dari kuburnya sendiri, tersebar di media sosial baru-baru ini. Admin pun turut terkejut dengan berita ini. Inilah dia bukti kekuasaan ALLAH itu. Allahuakbar !!!

Kejadian yang mengejutkan itu dilaporkan berlaku di negara jiran pada awal September lalu. 

Gambar-gambar penemuan bayi itu tersebar meluas di media sosial membuatkan netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa bayi berkenaan. 


Bayi berkenaan yang ditemui orang kampung telah diberikan rawatan sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak kebajikan.

Sedangkan ramai para isteri di luar sana mengharapkan mereka dikurniakan cahaya mata, namun golongan yang diberikan rezeki ini pula sewenang-wenangnya membuang bayi mereka. Memang kejam betul si ibunya.

CUBA ANGKAT TANGAN !!! Berapa Ramai Yang Mampu BUAT Macam Lelaki Dalam Gambar Ni ?


Memang admin salute dengan mamat nie. Perilaku seorang anak muda menyuap makanan ke mulut ibunya di sebuah medan selera menarik perhatian netizen baru-baru ini. Tetapi berapa ramai yang mampu lakukan perkara seperti ini terhadap ibunya? Tepuk dada tanya selera.

Foto yang dimuatnaik oleh pelayar Facebook menggunakan nama Mahfuzah Mahadzir itu menunjukkan seorang pemuda menyuapkan nasi ke mulut seorang wanita yang sudah berusia.

Tulis Mahfuzah pada kapsyen gambar yang dimuatnaik, "syurga di bawah kaki ibu! Kasih seorang anak terhadap ibunya! Menyuap nasi, menyapu sisa makanan yang terlekat di pipi dan mulut."

Malah tulis Mahfuzah, kelihatan juga lelaki itu membetulkan anak rambut wanita yang didakwa ibu pemuda tersebut yang membuatkan dia sebak dan menitiskan air mata.

Sementara itu, rata-rata netizen tersentuh dan memuji tindakan pemuda itu yang tidak segan silu menyuapkan makanan kepada ibunya di tempat awam.

Irwanmustafa PĂ„njank menulis, "bukan semua anak-anak yang boleh lakukan macam ni, tanpa rasa malu atau menyusahkan."

"Tahniah saudara, kau tidak malu untuk menyuap ibumu, sedangkan di luar sana banyak lagi anak-anak, yang maki ibu depan khalayak ramai," tulis Arenas Nasri pula.

SEDIH !!! “Aku Pulangkan Mak Kat Tuhan”- Situasi Meruntun Hati Di Hari Pengebumian Ibu....Apa yang Terjadi Selepas Itu Amat...

Kalau boleh, kita memang nak ibu kita bersama selamanya dengan kita kan? Ibulah sahabat, ibulah penasihat, ibu jugalah tempat mengadu nasib. Ini admin kongsikan satu kisah yang menyayat hati buat tatapan kita semua. Sayangilah ibu anda sementara ada hayatnya. Semoga ianya bermanfaat.


Namun, setiap orang pasti akan menemui penciptaNya. Sebagai anak, kita perlu redha dan berikanlah penghormatan sebaik-baiknya kepada ibunda sperti yang diperkatakan oleh Tun Azah Aziz ini. Meleleh air mata…

Satu hari nanti ALLaH akan amek mak kita balik.. Waktu tu kita kena terima.. Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..

Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak.. Tengok muka mak.. tengok lama-lama.. Ni kali terakhir nak tengok.. Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je.. Sentuh lembut2 badan mak.. Belai lembut2 badan mak.. Cakap dalam hati… “Ni la orang yg lahirkan aku.. Yg besarkan aku.. Mak didik aku sampai aku jadi orang.. Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..Walaupun kadang-kadang aku kecikkan hati mak, tapi mak tak penah marah aku.. Mak tetap nasihatkan aku.. Lepas ni aku dah takde mak.. Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak.. Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak…

Tapi waktu tu mak dah takde.. Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi.. Aku takde tempat nak bercerita.. Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak.. Mak… Aku sayang mak.. Camne kalau pasni aku rindu mak? Camne kalau aku perlukan mak??”Amek peluang terakhir ni.. Usap rambut mak…mcm mak usap rambut kita.. Cium pipi mak.. mcm mak cium pipi kita..Tengok mak puas-puas.. Ni last kita dpt tengok muka mak.. Lepas ni takde peluang lagi dah.. Hati-hati jgn sampai air mata kita kena muka mak.. Nanti mayat mak sakit.. Sama-sama pakaikan baju baru mak.. Tengok mak.. Mak cantik tak?

Anak-anak lelaki pulak.. Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan, kita masih sibuk kat luar rumah lagi.. Masuk rumah.. Renung mayat mak.. Renung lama-lama.. Ni last kita dapat tengok mak.. Ni la kali terakhir.. Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah.Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..Ni la last kita dpt cium..

Mak wangi sangat.. Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak.. Cakap dalam hati.. “Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku.. Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..Pada mak, aku tetap anak dia..Dulu mak tadah muntah aku.. Mak cebokkan taik aku.. Mak dukung aku.. mak suap aku makan.. Mak marah aku sebab aku nakal.. Tapi mak tak penah benci aku.. Lepas ni aku tak dapat cium mak dah.. Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah.. Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja.. Mak tengok anak dia ni makan berselera.. Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..

Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?Mak… mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???”Bila nak sembayangkan mayat mak, kalau takleh jadi imam, jadi makmum je.. Cepat2 diri kat belakang imam.. Dulu mak selalu suruh kita semayang.. Arini kita semayangkan mayat mak..

*****

Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak.. Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul.. Jangan bagi org lain.. Ni mak kita.. Dulu dia yg dukung kita.. Dia yg bawak kita dlm perut dia.. Takkan mayat dia kita tanak pikul? Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak pegang tangan kita.. Waktu kita baru pandai jalan..Mak langsung tak bagi kita jatuh.. Skrg kita nak hantar mak pegi jauh.. Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..

Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang.. Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu.. Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat.. Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak.. Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal.. Ada selimut… jgn sampai kena gigit nyamuk.. Jgn sampai kita sejuk..

*****

Ni kita last dapat tengok mak.. Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah.. Biarlah kita yg uruskan mayat mak… Bukan org lain.. Cakap dlm hati.. “Mak.. ni last aku dapat tengok mak.. Ni last aku dapat pegang mak.. Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi.. Aku tak dapat pegang mak lagi.. Aku tinggalkan mak kat sini.. Mak tunggu aku eh.. Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini.. Sementara ni mak duduk kat sini.. Aku pulangkan mak kat Tuhan.. Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak.. Mak jangan risau..