BENARKAH INI GAMBAR 'PINTU' KE ALAM BUNIAN YANG BERJAYA DIRAKAMKAN? (3 GAMBAR)


Salam semua,

Admin ingin kongsikan sedikit info dari sumber yang admin perolehi. Benarkah ini jalan ke alam bunian? Tak dapat dipastikan benar ataupun tidak. Cuba kalian baca sendiri.

Jam 3 pagi semalam, kru 666 ke Taman Tasik SUK, di Seksyen 5, Shah Alam, Selangor.

Kru 666 memasuki taman terbabit tepat pada jam 3 pagi.

Razali kemudian memasang kamera perakam pergerakan infrared di kawasan dimaksudkan. Sementara itu Boy dan Atoi asyik menggunakan alat perakam audio parabolik bertujuan mengesan audio ganjil.
 

"Abang tengok dua dahan kayu, v-shape di sebelah kiri rumpun buluh, tidak ada apa menarik. Lepas itu saya shoot lagi. Sebaik saya preview gambar, saya terkejut bang. Di tempat sama, macam ada framepintu, kemudian kalau kita perhatikan secara teliti, macam ada entiti terbang keluar dari 'pintu' sama," terang Azree tenang.


Berikut gambar dimaksudkan oleh Azree dan sila klik imej untuk melihat butiran lebih jelas.
 


Setelah diteliti, visual 10 saat dirakamkan oleh kamera pengesan pergerakan infrared menunjukkan dua dahan kayu terbabit didapati bergerak beberapa saat sekaligus mengaktifkan kamera terbabit.

Apapun, 666 terbuka kepada komen pembaca berhubung gambar dirakamkan selagi penjelasan dilontarkan logik dan boleh diterima dek akal.

Saya percaya, gambar itu ganjil dan sukar diperolehi.

Mungkinkah imej itu memaparkan kepada kita pintu ke dunia lain?Pintu ke alam bunian selama ini diperkatakan oleh masyarakat?

1 comment:

  1. Wallahuallam,mungkin benar apa yang terakam oleh kamera tersebut,sbagai umat islam kita wajib mempercayai akan kewujudan makhluk yang lain selain manusia di bumi ini kerana ciptaan Allah S.W.T itu amat luas yang tidak mampu tecapai akal fikiran kita

    ReplyDelete